Posts

Showing posts from February, 2022

Bayi ditemui maut dengan kesan tikam di dada

Image
  KEMAMAN: Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui mati dengan kesan tikam di bahagian kiri dada di sebuah rumah di daerah Kemaman, Terengganu pada pagi Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 8 hingga 9 pagi itu bayi tersebut dikatakan ditikam dengan objek tajam oleh seorang remaja perempuan dipercayai ibunya. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata siasatan awal mendapati insiden itu berlaku ketika ketiadaan anggota keluarga yang lain di rumah suspek. Menurut Hanyan suspek berusia 15 tahun itu telah meminta bantuan rakannya untuk menghubungi petugas kesihatan bagi memaklumkan berkenaan kelahiran bayi tersebut. Bagaimanapun, sewaktu ketibaan petugas kesihatan mendapati bayi yang cukup sifat itu telah meninggal dunia. “Siasatan awal kita, bayi ini dilahirkan oleh seorang perempuan di bawah umur, cukup sifat, dan sudah ditemui mati. “Jadi, siasatan awal kita telah mengesan seorang perempuan berusia 15 tahun dan tindakan awal kita, kita akan buat siasatan a

Selepas Jadi Jutawan Jual Selfie Di NFT, Lelaki Ini Mula ‘Dikejar’ Wanita

Image
  Baru-baru ini,seorang pemuda berasal dari Indonesia telah menjadi tular selepas menjual swafotonya berasaskan NFT di Platform OpenSea. Sejak dari itu,populariti yang dipe8roleh Ghozali mula melonjak naik menjadikannya menjadi seorang jutawan dan dikenali dibeberapa buah negara. Malahan katanya,dia kini menjadai perhatian dan kegilaan wanita. Dalam satu temu bual,kehidupannya kini jauh berbeza kerana ramai perempuan yang mengejarnya dan ingin mendampinginya.Namun dia tidak pernah melayan mesej dan godaan dari wanita berkenaan kerana tidak mengetahui niat sebenar mereka. Pada Januari lalu, Ghozali telah mentokenkan sebanyak 933 gambar menjadi NFT yang kemudian dijual pada harga 0.001 ETH, bersamaan RM13.91 setiap satu. Selepas tular, harga karya NFT beliau sudah mencecah sehingga 0.9 ETH (kira-kira RM12,461) untuk setiap satu, dan jumlah keseluruhan dagangan di OpenSea berjumlah 326 ETH (kira-kira RM4.3 juta)! Sumber :  [1]

Kematian Tragis Adik Rayan Mengingatkan Arab Saudi Kepada Lama Al-Rouqi

Image
Seluruh dunia kini berduka cita dengan pemergian adik Rayan Oram, kanak-kanak warga Morocco berusia lima tahun yang terperangkap ke dalam perigi berkedalaman 32 meter sejak Selasa lalu. Peristiwa yang bakal jadi sejarah pahit ini telah mencengkam jiwa kita semua. Namun takdir sudah ditentukan, usaha ramai pihak yang cuba menyelamatkan kanak-kanak itu akhirnya berakhir dengan kematian. Bagaimanpaun, ini bukanlah tragedi tragis kanak-kanak ‘tidak berdosa’ terjatuh ke dalam perigi yang kali pertama berlaku dalam lipatan sejarah di sana. Percaya atau tidak, ada seorang lagi kanak-kanak perempuan menerima nasib sama seakan Rayan. Mengimbas kembali, pada Disember 2013, seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun, Lama Al-Rouqi dari Arab Saudi juga pernah terjatuh ke dalam sebuah perigi terbiar berdekatan bandar Tabuk. Menurut laporan Arab News, pada asalnya kanak-kanak tersebut pergi berkelah bersama-sama keluarganya di kawasan itu. Namun dia didakwa terjatuh ke dalam sebuah