Posts

Bayi ditemui maut dengan kesan tikam di dada

Image
  KEMAMAN: Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui mati dengan kesan tikam di bahagian kiri dada di sebuah rumah di daerah Kemaman, Terengganu pada pagi Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 8 hingga 9 pagi itu bayi tersebut dikatakan ditikam dengan objek tajam oleh seorang remaja perempuan dipercayai ibunya. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata siasatan awal mendapati insiden itu berlaku ketika ketiadaan anggota keluarga yang lain di rumah suspek. Menurut Hanyan suspek berusia 15 tahun itu telah meminta bantuan rakannya untuk menghubungi petugas kesihatan bagi memaklumkan berkenaan kelahiran bayi tersebut. Bagaimanapun, sewaktu ketibaan petugas kesihatan mendapati bayi yang cukup sifat itu telah meninggal dunia. “Siasatan awal kita, bayi ini dilahirkan oleh seorang perempuan di bawah umur, cukup sifat, dan sudah ditemui mati. “Jadi, siasatan awal kita telah mengesan seorang perempuan berusia 15 tahun dan tindakan awal kita, kita akan buat siasatan a

Selepas Jadi Jutawan Jual Selfie Di NFT, Lelaki Ini Mula ‘Dikejar’ Wanita

Image
  Baru-baru ini,seorang pemuda berasal dari Indonesia telah menjadi tular selepas menjual swafotonya berasaskan NFT di Platform OpenSea. Sejak dari itu,populariti yang dipe8roleh Ghozali mula melonjak naik menjadikannya menjadi seorang jutawan dan dikenali dibeberapa buah negara. Malahan katanya,dia kini menjadai perhatian dan kegilaan wanita. Dalam satu temu bual,kehidupannya kini jauh berbeza kerana ramai perempuan yang mengejarnya dan ingin mendampinginya.Namun dia tidak pernah melayan mesej dan godaan dari wanita berkenaan kerana tidak mengetahui niat sebenar mereka. Pada Januari lalu, Ghozali telah mentokenkan sebanyak 933 gambar menjadi NFT yang kemudian dijual pada harga 0.001 ETH, bersamaan RM13.91 setiap satu. Selepas tular, harga karya NFT beliau sudah mencecah sehingga 0.9 ETH (kira-kira RM12,461) untuk setiap satu, dan jumlah keseluruhan dagangan di OpenSea berjumlah 326 ETH (kira-kira RM4.3 juta)! Sumber :  [1]

Kematian Tragis Adik Rayan Mengingatkan Arab Saudi Kepada Lama Al-Rouqi

Image
Seluruh dunia kini berduka cita dengan pemergian adik Rayan Oram, kanak-kanak warga Morocco berusia lima tahun yang terperangkap ke dalam perigi berkedalaman 32 meter sejak Selasa lalu. Peristiwa yang bakal jadi sejarah pahit ini telah mencengkam jiwa kita semua. Namun takdir sudah ditentukan, usaha ramai pihak yang cuba menyelamatkan kanak-kanak itu akhirnya berakhir dengan kematian. Bagaimanpaun, ini bukanlah tragedi tragis kanak-kanak ‘tidak berdosa’ terjatuh ke dalam perigi yang kali pertama berlaku dalam lipatan sejarah di sana. Percaya atau tidak, ada seorang lagi kanak-kanak perempuan menerima nasib sama seakan Rayan. Mengimbas kembali, pada Disember 2013, seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun, Lama Al-Rouqi dari Arab Saudi juga pernah terjatuh ke dalam sebuah perigi terbiar berdekatan bandar Tabuk. Menurut laporan Arab News, pada asalnya kanak-kanak tersebut pergi berkelah bersama-sama keluarganya di kawasan itu. Namun dia didakwa terjatuh ke dalam sebuah

Malaysia Negara Ketiga Di Asia Paling Ramai Sugar Daddy

Image
  Sebut sahaja sugar daddy, mungkin r@mai yang beranggapan ia hanya melibatkan sebahagiaan kecil sahaja lelaki yang memegang gelaran tersebut. Namun, laporan  Free Malaysia Today  ini ternyata mengejutkan ramai apabila terdapat 42,500 individu bergelar sugar daddy di negara ini. Malah, menurut SeekingArrangement laman “Sugar Dating” terbesar dunia, Malaysia merupakan negara ketiga paling tinggi di Asi@ memiliki sugar daddy paling ramai. Indonesia berada di kedudukan kedua dengan 0,250 sugar daddy manakala India menduduki tempat pertama di Asia dengan 338,000 sugar daddy. Ketua Pegawai Eksekutif Seeking Arrangement Brandon Wade berkata, jurang antara orang kaya dan miskin di Asia meningkat dalam dua dekad, mendorong lebih ramai wanita mencari lelaki lebih berusia kerana pelbagai faktor. Wade berkata ekonomi Asia yang berkembang pesat menyumbang kepada ramai pelabur asing menubuhkan perniaga@n dan menjalani kehidupan di rantau ini. “Tidak mengejutkan mengapa Asia seolah-olah menjadi sara

Ebit Lew Guna Wang Sumbangan TMJ Beli 500 Gajet

Image
  Ebit Lew bersama gajet yang dibelinya dengan menggunakan wang sumbangan TMJ bagi membantu pelajar menjalani sesi PdPR ekoran penularan Covid-19. JOHOR BAHRU - Pendakwah terkenal, Ebit Lew menggunakan wang sumbangan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berjumlah RM200,000 membeli sebanyak 500 unit gajet. Beliau berkata,kesemua gajet berkenaan akan diagihk@n kepada pelajar yang memerlukan bagi menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). "Doakan saya ya.Terima kasih TMJ.Saya gunakan wang sumbangan beli 500 tablet untuk 500 pelajar bagi mengikuti kelas online. "Syukur dah sampai. Hari ini kami akan agihkan pada yang memerlukan. Semoga menjadi asbab kebaikan," katanya dalam hantaran terbaharu menerusi Facebook miliknya pada Isnin. Pada 5 Februari lalu, Tunku Ismail berkenan menerima kunjungan Ebit dan menyampaikan sumbangan peribadi RM200,000 kepada pendakwah popular itu di Istana Bukit Pelangi di sini. Dalam pertemuan itu, Tunku Mahkota Johor me

PGA Rampas Senapang & Syabu Dalam Serbuan Di Kalabakan

Image
  Senapang angin buatan sendiri dirampas dalam serbuan tersebut. Manakala gambar kecil syabu yang turut ditemui dalam serbuan itu. – Foto PGA KALABAKAN  : Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas senapang angin dan dadah jenis syabu dalam satu serbuan di Ladang Felda Selatan, di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu anggota PGA yang menjalankan tugas Ronda Jarak Jauh, Road Check Point (RCP) terserempak sekumpulan lelaki berkumpul di sebuah rumah tidak bernombor di ladang tersebut. Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau, Superintendan Mohd Yacob Murad berkata sebaik mengesan kumpulan terbabit pasukan keselamatan bertindak menyerbu rumah tersebut. “Suspek yang menyedari kehadiran pasukan polis, mereka segera bertindak melarikan diri melalui pintu belakang rumah dan berjaya lolos daripada ditahan pihak berkuasa,”katanya dalam kenyataan media, di sini semalam. Beliau berkata, pemeriksaan awal dijalankan di sekitar rumah tersebut berjaya menemui selaras senapang angin buatan se

Denda RM2,000 Atau Penjara 6 Bulan Jika Guna ‘Tayar Kangkang’

Image
  Gambar Hiasan KUALA LUMPUR : Pemilik kenderaan yang didapati menggunakan tayar dan rim terkeluar daripada badan kereta atau ‘hellaflush’ boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu hantaran di Facebook hari ini, berkata trend mengubah suai kereta menggunakan tayar kangkang itu semakin menjadi ikutan dalam kalangan segelintir pemil1k kenderaan di negara ini. Katanya, pengubahsuaian b0leh menyebabkan pemanduan terjejas akibat kegagalan sistem keselamatan, selain brek tidak dapat berfungsi dengan cekap. “Perbuatan ini (mengubah suai tayar) sekali gus boleh menyebabkan risik0 nyawa pemandu itu sendiri dan pengguna jalan raya lain. “Tindakan boleh dikenakan mengikut Seksyen 6 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 138 Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 170/59, iaitu mengubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan. “Jika sabit kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM2,000 atau penjara