Posts

Showing posts from February, 2021

Malaysia Negara Ketiga Di Asia Paling Ramai Sugar Daddy

Image
  Sebut sahaja sugar daddy, mungkin r@mai yang beranggapan ia hanya melibatkan sebahagiaan kecil sahaja lelaki yang memegang gelaran tersebut. Namun, laporan  Free Malaysia Today  ini ternyata mengejutkan ramai apabila terdapat 42,500 individu bergelar sugar daddy di negara ini. Malah, menurut SeekingArrangement laman “Sugar Dating” terbesar dunia, Malaysia merupakan negara ketiga paling tinggi di Asi@ memiliki sugar daddy paling ramai. Indonesia berada di kedudukan kedua dengan 0,250 sugar daddy manakala India menduduki tempat pertama di Asia dengan 338,000 sugar daddy. Ketua Pegawai Eksekutif Seeking Arrangement Brandon Wade berkata, jurang antara orang kaya dan miskin di Asia meningkat dalam dua dekad, mendorong lebih ramai wanita mencari lelaki lebih berusia kerana pelbagai faktor. Wade berkata ekonomi Asia yang berkembang pesat menyumbang kepada ramai pelabur asing menubuhkan perniaga@n dan menjalani kehidupan di rantau ini. “Tidak mengejutkan mengapa Asia seolah-olah menjadi sara

Ebit Lew Guna Wang Sumbangan TMJ Beli 500 Gajet

Image
  Ebit Lew bersama gajet yang dibelinya dengan menggunakan wang sumbangan TMJ bagi membantu pelajar menjalani sesi PdPR ekoran penularan Covid-19. JOHOR BAHRU - Pendakwah terkenal, Ebit Lew menggunakan wang sumbangan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berjumlah RM200,000 membeli sebanyak 500 unit gajet. Beliau berkata,kesemua gajet berkenaan akan diagihk@n kepada pelajar yang memerlukan bagi menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). "Doakan saya ya.Terima kasih TMJ.Saya gunakan wang sumbangan beli 500 tablet untuk 500 pelajar bagi mengikuti kelas online. "Syukur dah sampai. Hari ini kami akan agihkan pada yang memerlukan. Semoga menjadi asbab kebaikan," katanya dalam hantaran terbaharu menerusi Facebook miliknya pada Isnin. Pada 5 Februari lalu, Tunku Ismail berkenan menerima kunjungan Ebit dan menyampaikan sumbangan peribadi RM200,000 kepada pendakwah popular itu di Istana Bukit Pelangi di sini. Dalam pertemuan itu, Tunku Mahkota Johor me

PGA Rampas Senapang & Syabu Dalam Serbuan Di Kalabakan

Image
  Senapang angin buatan sendiri dirampas dalam serbuan tersebut. Manakala gambar kecil syabu yang turut ditemui dalam serbuan itu. – Foto PGA KALABAKAN  : Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas senapang angin dan dadah jenis syabu dalam satu serbuan di Ladang Felda Selatan, di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu anggota PGA yang menjalankan tugas Ronda Jarak Jauh, Road Check Point (RCP) terserempak sekumpulan lelaki berkumpul di sebuah rumah tidak bernombor di ladang tersebut. Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau, Superintendan Mohd Yacob Murad berkata sebaik mengesan kumpulan terbabit pasukan keselamatan bertindak menyerbu rumah tersebut. “Suspek yang menyedari kehadiran pasukan polis, mereka segera bertindak melarikan diri melalui pintu belakang rumah dan berjaya lolos daripada ditahan pihak berkuasa,”katanya dalam kenyataan media, di sini semalam. Beliau berkata, pemeriksaan awal dijalankan di sekitar rumah tersebut berjaya menemui selaras senapang angin buatan se

Denda RM2,000 Atau Penjara 6 Bulan Jika Guna ‘Tayar Kangkang’

Image
  Gambar Hiasan KUALA LUMPUR : Pemilik kenderaan yang didapati menggunakan tayar dan rim terkeluar daripada badan kereta atau ‘hellaflush’ boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu hantaran di Facebook hari ini, berkata trend mengubah suai kereta menggunakan tayar kangkang itu semakin menjadi ikutan dalam kalangan segelintir pemil1k kenderaan di negara ini. Katanya, pengubahsuaian b0leh menyebabkan pemanduan terjejas akibat kegagalan sistem keselamatan, selain brek tidak dapat berfungsi dengan cekap. “Perbuatan ini (mengubah suai tayar) sekali gus boleh menyebabkan risik0 nyawa pemandu itu sendiri dan pengguna jalan raya lain. “Tindakan boleh dikenakan mengikut Seksyen 6 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 138 Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 170/59, iaitu mengubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan. “Jika sabit kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM2,000 atau penjara

Status i-Sinar Kategori 2 Anda Lulus? KWSP Umum Berdepan Isu Teknikal

Image
  Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram dan Facebook KWSP tengah malam Ahad, perbadanan tersebut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. – Gambar/ Facebook@KWSP KUALA LUMPUR:  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tengah malam tadi mengumumkan pihaknya berdepan masalah teknikal berhubung paparan status permohonan kemudahan i-Sinar. Kenyataan tersebut menyusul beberapa jam selepas kebanyakan permohonan i-Sinar kategori 2 dilaporkan telah lulus selepas pemohon membuat semakan pada Ahad malam. Menerusi kenyataan ringkas yang dimuat naik di laman Instagram dan Facebook KWSP tengah malam Ahad itu, perbadanan tersebut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. “KWSP ingin memohon maaf atas kesulitan kerana terdapat masalah teknikal pada paparan status I-Sinar online. “Anda disarankan untuk menyemak semula status anda bermula 8 pagi pada 8 Februari 2021,” demikian kata kenyataan tersebut. Semakan di laman web KWSP mendapati perkhidmatan semakan i-Sinar tergendala buat sement

COVID-19: Bayi 4 Bulan Antara Korban Terbaharu Di Sabah

Image
Kes kematian ke-812 itu merupakan korban termuda akibat virus COVID-19 selepas bayi berusia setahun disahkan meninggal dunia tahun lepas. – Gambar Hiasan KUALA LUMPUR:  Seorang bayi berusia empat bulan merupakan antara 17 kes kematian akibat COVID-19 yang dilaporkan di negara ini pada Khamis. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, bayi tersebut disahkan meninggal dunia di Hospital Tawau, Sabah. “Kes ke-167032 yang melibatkan bayi warga tempatan itu dilapor mempunyai latar belakang penyakit iaitu masalah jantung,” jelasnya. Kes kematian ke-812 itu merupakan korban termuda akibat virus COVID-19 selepas bayi berusia setahun disahkan meninggal dunia tahun lepas. Sebelum ini, seorang bayi perempuan warga tempatan berusia setahun disahkan meninggal dunia pada 6 Oktober lalu di Hospital Semporna, Sabah. Pada Khamis, Malaysia merekodkan peningkatan kes positif COVID-19 dengan sejumlah 4,571 lagi kes baharu disahkan dalam tempoh 24 jam lalu. Jumlah kes tersebut memba

Golongan T20 Guna i-Sinar Beli Emas & Saham

Image
  Hanya 48.6% daripada 809 responden mengeluarkan simpanan KWSP di bawah skim i-Sinar untuk membeli makanan dan barang dapur. KUALA LUMPUR : Hampir separuh daripada golongan T20 yang memohon atau merancang memohon pengeluaran i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) menggunakannya untuk membuat pelaburan bagi membeli emas dan saham. Menurut kajian Pusat Penyelidikan Undian UCSI, kebanyakan mereka yang berbuat demikian dalam kategori umur 40 hingga 55 tahun. Hasil kajian membabitkan 809 responden dari seluruh negara itu mendapati, 34.9% menggunakan duit i-Sinar untuk tujuan itu yang merangkumi 47.7% daripada pencarum T20, M40 (31.1%), manakala B40 (35.3%). “Menariknya, pelaburan menjadi satu daripada tujuan pengeluaran i-Sinar terutama golongan T20…meskipun dalam keadaan sukar dengan pandemik Covid-19, masih ada yang melihat peluang dan bertindak,” katanya dalam kenyataan. Menurut pusat kajian itu, membayar balik pinjaman menjadi tujuan utama responden membuat pengeluaran i-Sinar b