Posts

Showing posts from January, 2021

COVID-19 Suami Usahawan Kosmetik, Yang Juga Setiausaha Politik Disahkan Positif

Image
  COVID-19 Suami Usahawan Kosmetik, Yang Juga Setiausaha Politik Disahkan Positif Sejak kebelakangan ini, banyak pula kes positif Covid-19 yang melibatkan orang politik. Bukan hanya menteri, bahkan ada juga pembantu menteri yang direkodkan turut dijangkiti wabak berkenaan. Terbaru suami kepada usahawan kosmetik, Datin Rita Sosilawati pula disahkan positif Covid-19. Kalau korang nak tahu, suami Rita, Datuk Khamarulazlan Mohammad Hanafiah merupakan Setiausaha Politik bagi Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan. Menurut Rita, memang sejak dua tiga hari lepas suaminya asyik demam. Kejap kebah, kejap demam balik. Sampailah Datuk dah rasa sakit tekak, Rita kemudiannya mencadangkan suami untuk pergi buat  swab test . Yelah, bila dah bekerja dengan ahli politik,  confirm  Datuk kena berjumpa dengan ramai orang, kan?  So , tak mustahil juga kalau Datuk terkena jangkitan. Tuptup semalam, Datuk beritahu Rita yang dia telah disahkan positif Covid-19. Waktu tu, diorang baru je balik dari be

Individu ini ded4h kenapa perlu moh0n i-sinar walaupun g@ji tak terjejas

Image
  Saya perasan ada di kalangan kita yang tidak mahu mengeluarkan duit kwsp melalui inisiatif i-Sinar. Alasan utamanya adalah mereka dalam keadaan yang ok dan tidak memerlukan. Benar, itu hak anda dan duit anda. Tetapi izinkan saya memberi cadangan mengapa anda perlu keluarkan juga duit kwsp tu. Pertamanya, kita tidak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan. Sekarang kita ok. Kerja ada, gaji masih jalan, hut4ng semua dibayar dengan k0nsisten. Alhamdulillah. Persedian untuk sebar4ng kemungkinan mendatang Tapi bagaimana pula dengan esok dan hari seterusnya? Saya buka beberapa kebarangkalian. 1. Syarikat tempat kerja tiba-tiba tutup 2. Covid-19 menjadi lebih burvk sebagai contoh di UK 3. Kemal4ngan dan kem4tian atau j4tuh s4kit Itu hanya contoh ringkas. Cuba fikirkan jika ianya terjadi? Adakah kita bersedia? Jika ya, adakah RM5K atau RM10K dari i-Sinar tu tak membantu langsung? Percayalah yang apabila situ4si ini terjadi, anda akan men4ngis menyes4l kerana tak keluarkan duit kwsp pada wa

Bunuh Warga Emas: Pemilik Bengkel Ditahan

Image
  Puchong: Perselisihan faham dalam urusan jual beli tayar kereta dipercayai menjadi motif pembunuhan seorang ahli perniagaan yang dilaporkan hilang pada 31 Disember lalu. Mangsa yang berusia 70 tahun dilaporkan hilang selepas keluar menaiki kereta milik pelanggannya di sebuah pusat servis kenderaan di Kampung Kayu Ara, Damansara di Petaling Jaya. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima laporan dibuat anak mangsa berusia 44 tahun selepas mendapati ayahnya masih tidak pulang ke rumah pada 9 malam. "Pengadu dimaklumkan oleh adiknya yang menerima mesej daripada sebuah bank memaklumkan terdapat dua transaksi pada kad kredit milik bapanya. "Susulan itu, pihaknya menahan seorang ahli perniagaan berusia 40 tahun di Kuala Klawang, Negeri Sembilan pada Sabtu lalu selepas siasatan mendapati suspek menggunakan kad kredit milik mangsa di sebuah pasar raya di daerah berkenaan. "Hasil soal siasat dilakukan terhadap suspek m

Kakitangan Bank Maut Terkena Renjatan Elektrik

Image
 Seorang kakitangan bank maut selepas terkena renjatan elektrik di garaj kereta hadapan rumahnya di Kampung Paya Kechik di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa, Isyraf Muhammad, 41, disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas selepas dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Lalang. Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata hasil temu bual awal dengan keluarga, kejadian berlaku semasa mangsa sedang memerhatikan keadaan air hujan dan banjir di halaman rumahnya. "Ketika kejadian mangsa telah memegang tiang besi hadapan rumah terbabit. "Secara tiba-tiba ibunya ternampak anaknya telah terkena renjatan arus elektrik dan cuba membantu tetapi dalam masa sama, ibunya terpelanting ke belakang," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. Beliau berkata mangsa seterusnya dibawa ke klinik untuk rawatan dan telah disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas. "Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (

Pramugari Dipercayai Dirogol & Dibunuh Sekumpulan Lelaki Pada Malam Tahun Baru 2021..

Image
 Seorang pramugari Philipines Airlines ditemui meninggal dunia di dalam tab mandi sebuah bilik hotel di Filipina selepas menyambut tahun baru 2021 bersama rakan-rakannya. Mangsa, Christine Angelica Dacera, 23, ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan telah meninggal dunia. Ketua Polis Bandar Makati, Kolonel Harold Depositar, menahan 11 lelaki yang merupakan individu terakhir bersama dengan Christine pada waktu kejadian. Tiga daripada 11 suspek itu merupakan rakan Christine, manakala selebihnya merupakan individu yang tidak dikenali oleh mangsa. Kesemua suspek didakwa atas pertuduhan merogol berikutan kesan koyakan dan penemuan cairan sperma di bahagian kemaluan mangsa. Selain itu, terdapat kesan lebam dan cakaran pada badan mangsa. Christine telah memuat naik gambar terakhir yang menunjukkan dirinya memakai sut PPE dan bersandar di pintu pesawat pada 28 Disember 2020. Tulisnya; "penerbangan terakhir untuk tahun ini." Sumber: Daily Mail

Jabatan Meteorologi Nafi Malaysia Bakal Dilanda Musim Sejuk Seperti Kota London

Image
Jabatan Meteorologi Nafi Malaysia Bakal Dilanda Musim Sejuk Seperti Kota London Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan menafikan penularan maklumat cuaca berkaitan musim sejuk seperti Kota London bakal melanda negara pada Februari ini. Berita tersebut yang tersebar di pelbagai platfrom media sosial seperti WhatsApp adalah berita palsu pada 2016 yang diulang siar. Jelas MET Malaysia, keadaan cuaca sejuk yang dialami di kebanyakan kawasan di Semenanjung terutamanya Pantai Timur dan Patai Barat pada ketika ini, adalah disebabkan cuaca lembap dan mendung yang berterusan dalam tempoh beberapa hari akibat luruan angin sejuk yang melanda negara. Keadaan rantau negara yang berawan dan tiada sinaran matahari secara terus untuk tempoh beberapa hari yang lepas turut menyumbang kepada berlakunya keadaan cuaca yang leih sejuk daripada biasa. ”Pada 3 Januari 2021, suhu harian minimum terendah yang direkodkan di Terengganu, Pahang dan Johor ialah 21-22 darjah celsius dan kea

Kriteria Pemohon i-sinar Kategori 2

Image
 Bagi permohonan i-Sinar kategori 2 akan bermula 11 Januari 2021.Permohonan i-Sinar hanya secara online di laman web https://isinar.kwsp.gov.my Berikut adalah kriteria permohonan kategori 2 : 1. Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020. 2. Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut: Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan;  DAN Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa;  DAN/ATAU Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.